Monday, August 9, 2010

Chicks

Pernah main game Lemming?... Ini salah satu game ala-ala Lemming. Bezanya watak yang digunakan adalah anak ayam. Setakat ini app masih percuma, cepat-cepatlah ke http://itunes.apple.com/my/app/chicks/id358348579?mt=8 dan install... seronok tengok anak ayam ni terkedek-kedek berjalan terus menerus... kalau ada lubang jatuh... kalau ada halangan ia akan patah balik...

Pemain perlu mengawal anak-anak ayam ini dengan menggunakan menu-menu di bawah. Ada kawalan 'STOP' supaya kawan-kawan yang bertembung akan patah balik... ada pilihan 'BOM'... untuk meletupkan diri... dan pelbagai lagi pilihan arahan untuk anak ayam ini...

Permainan di mulakan dengan anak ayam ini jatuh dari satu lubang dan terus menerus berjalan... pemain perlu menyelamatkan sejumlah anak ayam ke pintu keluar...




Keseronokan bermain CHICKs susah nak gambarkan... Level, makin lama makin payah... Tahap ketagih yang di letak ialah 5/5 ... memang menarik...

- Posted using iPhone

No comments:

Post a Comment