Saturday, August 21, 2010

Analytic Agent Lite




Apps yang nak di kongsi hari ini ialah Analytics Agent Lite. Salah satu apps bagi webmaster. Anda boleh download di http://itunes.apple.com/my/app/analytics-agent-lite-google/id319449785?mt=8

Bagi webmaster-webmaster yang ingin menjana pendapatan daripada website, apps ini antara yang mesti ada. Apps ini membolehkan webmaster menilai setakat mana pelayar dan pelawat laman web buat semasa berada dalam laman web... Ini boleh membuatkan webmaster menyesuaikan kandungan dan kaedah promosi laman web.

Apps ini memerlukan sambungan kepada internet dan pengguna perlu mendaftar akaun Google Analytic sebelum menggunakan. Pengguna juga perlu meletakkan code Analytics ini di dalam laman web.












Bagi apps ini, markah yang di beri 4/5... Penggunaan adalah mudah.

- Posted using iPhone

Monday, August 9, 2010

Chicks

Pernah main game Lemming?... Ini salah satu game ala-ala Lemming. Bezanya watak yang digunakan adalah anak ayam. Setakat ini app masih percuma, cepat-cepatlah ke http://itunes.apple.com/my/app/chicks/id358348579?mt=8 dan install... seronok tengok anak ayam ni terkedek-kedek berjalan terus menerus... kalau ada lubang jatuh... kalau ada halangan ia akan patah balik...

Pemain perlu mengawal anak-anak ayam ini dengan menggunakan menu-menu di bawah. Ada kawalan 'STOP' supaya kawan-kawan yang bertembung akan patah balik... ada pilihan 'BOM'... untuk meletupkan diri... dan pelbagai lagi pilihan arahan untuk anak ayam ini...

Permainan di mulakan dengan anak ayam ini jatuh dari satu lubang dan terus menerus berjalan... pemain perlu menyelamatkan sejumlah anak ayam ke pintu keluar...




Keseronokan bermain CHICKs susah nak gambarkan... Level, makin lama makin payah... Tahap ketagih yang di letak ialah 5/5 ... memang menarik...

- Posted using iPhone