Tuesday, July 13, 2010

Slay


Hari ini nak share Apps games iaitu 'Slay'. Antara games puzzle/strategi yang lama bertahan dalam iphone dan hampir setiap hari akan guna. Game ni bernilai USD 3.99 di Apple Apps Store. Antara apps yang menyokong pergerakkan iPhone, ia boleh di mainkan sama ada menegak atau melintang. Yang mana kekadang amat-amat menjengkelkan bila menggunakan apps ni dalam keadaan baring.

Games berkisarkan zaman medievel @ zaman logam (ya kot namanya). Ada banyak pilihan permainan yang terdiri dari pelbagai tahap kepayahan. Tidak pasti 'Slay Lite' bagi berapa banyak pilihan permainan. Pemain perlu mula dengn tahap 'Terlalu Mudah' dahulu dan bila selesai barulah tahap kepayahan yang berikutnya boleh di gunakan. Games Slay pernah diberi percuma bagi sehari di http://www.freeappaday.com/.


Diawal permainan kita akan diberi beberapa tanah dan setiap tanah yang mempunyai rumah (2 @ lebih petak) akan menghasil pendapatan. Dan pemain hanya boleh menggerakkan setiap orang sekali sahaja dan tunggu giliran seterusnya. Matlamat permainan adalah cuba menguasai pulau. Strategi amat-amat penting.










Untuk penggunaan dan game ini, layak di berikan 5/5 markah. Amat-amat berbaloi walaupun berbayar.

No comments:

Post a Comment