Tuesday, July 27, 2010

iAssociate 2

Hari ni nak share lagi satu app "words"... iAssociate 2, masih lagi percuma di iTunes. Cara bermain dia agak menarik... Bermula dengan satu perkataan kemudian kita cuba kaitkan dengan perkataan lain... Sebagai contoh, jika perkataan pertama 'nasi'... Kita boleh kaitkan dengan 'makanan', 'nasi goreng', 'lauk kari' dsb... Bila satu perkataan dapat di teka... akan ada beberapa lagi sambungan yang akan di buka... mungkin ada kaitan diantara perkataan-perkataan.

Banyak juga perkataan secara umum yang di kongsikan.... cuma majoriti kaitan adalah dengan kehidupan barat.... atau lebih mirip kepada US.... jadi rakyat Malaysia... buatlah app banyak-banyak yang sesuai dengan persekitaran Malaysia...


Dengan kaedah ini dengan secara langsung akan dapat menambahkan lagi perbendaharaan kata dalam bahasa inggeris... banyak kaitan-kaitan perkataan yang umum....

Apps ini agak ketagih... Bila mana sesuatu perkataan dapat kita kait-kaitkan dengan perkataan lain... Cuma ada beberapa perkataan atau nama restoren yang tak tau atau takde di Malaysia.... Ada beberapa juga kumpulan-kumpulan penyanyi yang tidak pernah di ambil peduli.... mungkin mereka popular di barat... tapi semua ini boleh di cari dengan bantuan pakcik Google...

Kelebihan puzzle ini, dia akan kekalkan huruf di hadapan sekirannya betul... cuma huruf-huruf di tengah tidak di bekalkan... jadi bila ada perkataan yang panjang-panjang... pengguna terpaksa menaip semua huruf-huruf kembali... macamana pun ini boleh melatih kita mengeja berulang-ulang kali.... dan ini juga menjadi satu kelemahan bagi puzzle ini sebab butang "hints" yang di bekalkan juga memberi hints bagi huruf yang pertama... jadi kalau nak jimatkan "hints" pengguna boleh cuba menaip satu demi satu huruf...


Apps mi beri beberapa puzzle percuma... Bagi app iAssociate 2 ni aku bagi 5/5... Markah banyak kepada keunikkan idea... Cubalah

- Posted using iPhone

Saturday, July 24, 2010

Aksesori baru iPhone

Tidak lagi kekurangan bateri semasa berjalan... Al maklumlah, iphone banyak apps yang menarik dengan keperluan sentiasa online (bergantung kepada apps). Semalam sempat singgah epiCentre di Pavilion, KL beli CAPDASE Dual USB Car Charger.


Harga yang di tawarkan ialah RM58. Ini yang paling murah, untuk car charger iPhone... Ada yang lagi murah, tapi tulis untuk iPod sahaja. Nak selamat, beli ajelah...



Masuk dalam kereta terus buka dan cas iPhone... Dalam 30 minit cas hanya 12% sahaja yg berjaya di cas.
Pakej termasuk kabel USB. Dan dia sertakan sekali cover plastik USB. Dan kabel USB yang dibekalkan 1 1/2 kali lebih panjang daripada kabel yang disediakan oleh Apple.





- Posted using iPhone

Friday, July 23, 2010

I Love Traffic

Hari ni app free yang nak di kongsi ialah game "I Love Traffic" satu game yang guna jari... Matlamat adalah mengawal lampu trafik di persimpangan. Kawalan supaya tiada kenderaan berlanggar.

Game hanya dalam format melintang... Dan teramat-amat mencabar... Kereta yang akan bergerak dari lampu merah agak lambat dan ada kalanya kereta yang di persimpangan terlalu laju.





Dan di setiap akhir level, pemain akan di kongsikan fakta-fakta yang menarik...


Untuk game, grafik dan cabaran bermain aku letak 4 bintang.
- Posted using iPhone

Location:Jalan Pudu,Kuala Lumpur,Malaysia

Tuesday, July 20, 2010

Next to Sudoku

Games apps hari ini yang hendak di kongsi ialah 'Strimko'






Game ala sudoku cuma bezanya ada barisan-barisan nombor yang berbeza...



















- Posted using iPhone

Tuesday, July 13, 2010

Apps Diguna

Dalam tempoh 16 jam, apps-apps yang digunakan ialah:

  • iBearMoney
  • SimpleSense
  • Hottest Apps
  • World War (Online Games)
  • Analytics
  • FreeAppADay
  • OpenFeunt
  • BlogPress
  • Slay (Games)
  • Twitterrific
  • TweetDefense (Games)

Dah tentu selain apps Mai, Contact, Safari, Messages DSB....

Bagi pengguna iOS4, kalau nak periksa boleh 'double click' home dan delete semua program-rogram yang di buka....

Slay


Hari ini nak share Apps games iaitu 'Slay'. Antara games puzzle/strategi yang lama bertahan dalam iphone dan hampir setiap hari akan guna. Game ni bernilai USD 3.99 di Apple Apps Store. Antara apps yang menyokong pergerakkan iPhone, ia boleh di mainkan sama ada menegak atau melintang. Yang mana kekadang amat-amat menjengkelkan bila menggunakan apps ni dalam keadaan baring.

Games berkisarkan zaman medievel @ zaman logam (ya kot namanya). Ada banyak pilihan permainan yang terdiri dari pelbagai tahap kepayahan. Tidak pasti 'Slay Lite' bagi berapa banyak pilihan permainan. Pemain perlu mula dengn tahap 'Terlalu Mudah' dahulu dan bila selesai barulah tahap kepayahan yang berikutnya boleh di gunakan. Games Slay pernah diberi percuma bagi sehari di http://www.freeappaday.com/.


Diawal permainan kita akan diberi beberapa tanah dan setiap tanah yang mempunyai rumah (2 @ lebih petak) akan menghasil pendapatan. Dan pemain hanya boleh menggerakkan setiap orang sekali sahaja dan tunggu giliran seterusnya. Matlamat permainan adalah cuba menguasai pulau. Strategi amat-amat penting.










Untuk penggunaan dan game ini, layak di berikan 5/5 markah. Amat-amat berbaloi walaupun berbayar.

Saturday, July 10, 2010

English Translator Pro

Download apps English Translator Pro... Boleh cari di iTunes.






Auto detact bahasa yang di taip cuma tiada pilihan bahasa malaysia. Paling dekat ialah Bahasa Indonesia. Dari laman iTunes ada pilihan Malay... Setakat ini belum nampak apps suruh updated ke Full atau Premium version...













Apps ni juga boleh pronounce apa yang di taip. Dan boleh tukar pilihan English ke bahasa yang di inginkan...





Boleh di upgrade dengan keupayaan menangkap suara yang disebut....

4/5 markah

- Posted using iPhone

Location:Jalan Seri Putra 3/F,Kajang,Malaysia

Friday, July 9, 2010

Selamat Datang

akan cuba review apps-apps iphone yang di gunakan...