
Im using ookla speedtest apps for getting information on the wifi speed.
For download speed of 590kbs... Its good...
- Posted using iPhone
Pernah main game Lemming?... Ini salah satu game ala-ala Lemming. Bezanya watak yang digunakan adalah anak ayam. Setakat ini app masih percuma, cepat-cepatlah ke http://itunes.apple.com/my/app/chicks/id358348579?mt=8 dan install... seronok tengok anak ayam ni terkedek-kedek berjalan terus menerus... kalau ada lubang jatuh... kalau ada halangan ia akan patah balik...
Pemain perlu mengawal anak-anak ayam ini dengan menggunakan menu-menu di bawah. Ada kawalan 'STOP' supaya kawan-kawan yang bertembung akan patah balik... ada pilihan 'BOM'... untuk meletupkan diri... dan pelbagai lagi pilihan arahan untuk anak ayam ini...
Permainan di mulakan dengan anak ayam ini jatuh dari satu lubang dan terus menerus berjalan... pemain perlu menyelamatkan sejumlah anak ayam ke pintu keluar...
Keseronokan bermain CHICKs susah nak gambarkan... Level, makin lama makin payah... Tahap ketagih yang di letak ialah 5/5 ... memang menarik...
- Posted using iPhoneHari ni nak share lagi satu app "words"... iAssociate 2, masih lagi percuma di iTunes. Cara bermain dia agak menarik... Bermula dengan satu perkataan kemudian kita cuba kaitkan dengan perkataan lain... Sebagai contoh, jika perkataan pertama 'nasi'... Kita boleh kaitkan dengan 'makanan', 'nasi goreng', 'lauk kari' dsb... Bila satu perkataan dapat di teka... akan ada beberapa lagi sambungan yang akan di buka... mungkin ada kaitan diantara perkataan-perkataan.
Banyak juga perkataan secara umum yang di kongsikan.... cuma majoriti kaitan adalah dengan kehidupan barat.... atau lebih mirip kepada US.... jadi rakyat Malaysia... buatlah app banyak-banyak yang sesuai dengan persekitaran Malaysia...
Apps ini agak ketagih... Bila mana sesuatu perkataan dapat kita kait-kaitkan dengan perkataan lain... Cuma ada beberapa perkataan atau nama restoren yang tak tau atau takde di Malaysia.... Ada beberapa juga kumpulan-kumpulan penyanyi yang tidak pernah di ambil peduli.... mungkin mereka popular di barat... tapi semua ini boleh di cari dengan bantuan pakcik Google...
Kelebihan puzzle ini, dia akan kekalkan huruf di hadapan sekirannya betul... cuma huruf-huruf di tengah tidak di bekalkan... jadi bila ada perkataan yang panjang-panjang... pengguna terpaksa menaip semua huruf-huruf kembali... macamana pun ini boleh melatih kita mengeja berulang-ulang kali.... dan ini juga menjadi satu kelemahan bagi puzzle ini sebab butang "hints" yang di bekalkan juga memberi hints bagi huruf yang pertama... jadi kalau nak jimatkan "hints" pengguna boleh cuba menaip satu demi satu huruf...
Location:Jalan Pudu,Kuala Lumpur,Malaysia